Konsol permainan dihidupkan kembali

Konsol permainan dihidupkan kembali

NOTTINGHAM, United Kingdom, 16 Ogos (AFP) – Konsol permainan yang menjadi pelopor PlayStation dan Xbox hari ini telah dihidupkan kembali lebih 30 tahun kemudian selepas kempen kutipan dana dalam talian oleh para penggemar yang menimbulkan nostalgia.

ZX Spectrum menjadi klasik selepas dikeluarkan di Britain pada tahun 1982 dan kejayaannya membantu memperkenalkan generasi kepada perkomputeran dan permainan mudah tetapi menagihkan.

Penggantinya yang baru dicipta, ZX Vega yang dipegang di tangan, mereplikakan jalur pelangi unggul asli pada joystick berbentuk segi empat tepat dengan punat anak panah merah.

Para pemain boleh mengakses 1,000 yang disimpan dalam memori dengan dihubungkan ke skrin TV.

Empat ribu pertama telah pun dikeluarkan dari Kilang SMS Electronics di pinggir bandar tengah Inggeris, Nottingham, yang dihasilkan oleh syarikat Retro Computer.

ARTIKEL YANG SAMA