Konsortium China beli pelayar Opera

Konsortium China beli pelayar Opera

OSLO, 19 Julai – Sebuah konsortium China telah membeli pelayaran Internet Opera sekitar AS$600 juta, kata pencipta dari Norway semalam, selepas tawaran saham awam bagi syarikat itu gagal.

Konsortium diketuai oleh Golden Brick Silk Road akan membeli pelayar Internet versi telefon bimbit dan desktop, dengan tambahan aplikasi privasi dan prestasi dan saham dalam usaha sama China, namun bukan pengiklanan, permainan dan unit televisyen, kata Perisian Opera dalam satu kenyataan kepada bursa saham Oslo.

Transaksi itu diumumkan serentak dengan kegagalan bagi tawaran awam sebanyak AS$1.2 bilion untuk mengambil alih keseluruhan syarikat itu.

Ia tidak memberi sebab atas kegagalan itu, namun dalam kenyataan kepada bursa saham Oslo minggu lepas Perisian Opera berkata hasil daripada tawaran itu adalah tidak pasti ketika ia belum lagi menerima persetujuan pengawal atur semasa tamat tempoh 15 Julai.

Dana Golden Brick Silk Road adalah sebuah konsortium China yang termasuk Beijing Kunlun Tech yang pakar dalam permainan telefon bimbit dan kepakaran keselamatan siber Qihoo 360. – AFP