Konsortium diterajui Hock Seng Lee dapat kontrak Lebuh raya Pan Borneo

Konsortium diterajui Hock Seng Lee dapat kontrak Lebuh raya Pan Borneo

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) – Konsortium Hock Seng Lee Bhd-Dhaya Maju Infrastucture (Asia) Sdn Bhd memperoleh kontrak bernilai RM1.7 bilion daripada Lebuh raya Borneo Utara Sdn Bhd.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Hock Seng Lee berkata kontrak tersebut bagi membangun dan menaik taraf fasa pertama Lebuh Raya Pan Borneo di Sarawak.

Hock Seng Lee, yang menguasai 70 peratus ekuiti dalam konsortium itu, berkata kontrak tersebut terdiri daripada kerja-kerja permulaan, cerucuk, kerja-kerja saliran, jalan, persimpangan, jambatan serta kerja-kerja mekanikal dan elektrik yang berkaitan.

“Tempoh kontrak untuk menyiapkan projek ini ialah 51 bulan dan dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kami,” katanya.

ARTIKEL YANG SAMA