Konta rangkul gelaran WTA sulung

Konta rangkul gelaran WTA sulung

SAN FRANCISCO, 25 Julai – Pemain Britain, Johanna Konta merangkul gelaran WTA pertamanya selepas menewaskan bekas pemain nombor satu dunia, Venus Williams 7-5, 5-7, 6-2 di Stanford, pagi tadi.

Konta, ranking ke-18 dunia dan pilihan ketiga kejohanan, memulakan langkah kejuaraan dengan baik apabila mendahului set kedua 4-1.

Namun Williams, yang memburu kejuaraan ke-50 peribadi, menang enam daripada tujuh permainan berikutnya untuk mengheret perlawanan ke set penentuan.

Konta, 25, yang meledak 12 servis ace berbanding tiga oleh Williams, bagaimanapun tidak membiarkan juara tujuh kali Grand Slam itu mematahkan impiannya untuk meraih kejuaraan pertamanya.

Konta meraikan kejayaan selepas merangkul gelaran WTA pertamanya dengan menewaskan bekas pemain nombor satu dunia, Venus Williams 7-5, 5-7, 6-2 di Stanford semalam. – AFP
Konta meraikan kejayaan selepas merangkul gelaran WTA pertamanya dengan menewaskan bekas pemain nombor satu dunia, Venus Williams 7-5, 5-7, 6-2 di Stanford semalam. – AFP

“Secara jujurnya itulah yang boleh anda jangka daripada seorang juara sepertinya,” kata Konta.

“Itu yang juara hebat lakukan. Mereka meningkatkan rentak mereka dan tidak mudah memberikan anda kemenangan,” katanya.

Konta adalah pemain Britain pertama memenangi kejohanan itu sejak Sue Barker pada 1977.

Dalam musim terbaiknya tahun ini, Konta memulakan rentak cemerlang dengan menewaskan Williams pada pusingan pertama Terbuka Australia sebelum dia tersingkir di separuh akhir. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA