Kontena membawa bahan radioaktif dicuri

Kontena membawa bahan radioaktif dicuri

MEXICO CITY, 29 Feb (AFP) – Lima negeri Mexico diletakkan dalam amaran kelmarin selepas sebuah trak kontena membawa bahan radioaktif berbahaya telah dicuri, menurut kementerian dalam negeri hari ini.

Penyelaras Kebangsaan bagi Perlindungan Sivil mengeluarkan amaran itu selepas sebuah syarikat di negeri pusat Queretaro melaporkan sebuah pikap trak membawa bahan radioaktif iridium-192 telah dicuri.

Pihak kementerian berkata bahan tersebut “boleh membahayakan orang ramai jika tidak dikendalikan dengan selamat” dan boleh menyebabkan “kecederaan kekal atau serius kepada orang yang mengendalikan atau bersentuhan dengannya bagi jangka masa pendek.”

Kecederaan sebegitu boleh berlaku selepas melakukan kontak dalam masa dari beberapa minit hingga jam, tambahnya.

Pihak pegawai berkata bahan radioaktif itu boleh memberikan risiko kesihatan yang signifikan jika dikeluarkan dari kontenanya, namun tidak membahayakan jika kekal tidak dibuka.

Gambar menunjukkan bahan radioaktif yang ditemui semula seminggu selepas dicuri tahun lepas di Mexico. – Reuters
Gambar menunjukkan bahan radioaktif yang ditemui semula seminggu selepas dicuri tahun lepas di Mexico. – Reuters

Bahan itu, yang digunakan dalam industri radiografi, dimiliki oleh syarikat Pusat Penyelenggaraan Industri yang terletak di bandar San Juan del Rio.

Dalam tambahan pada Queretaro, negeri Hidalgo, Guanajuato, San Luis Potosi dan Michoacan juga diletakkan dalam amaran.

Iridium-192 boleh menyebabkan kebakaran, penyakit radioaktif dan kecederaan kekal jika seseorang bersentuhan dengannya, dan boleh membawa maut jika terdedah dalam masa beberapa jam atau hari.

Pihak berkuasa meminta barang siapa yang mempunyai sebarang maklumat mengenai bahan radioaktif itu supaya akan dapat memaklumi pihak berkuasa secepat mungkin, tidak menyentuhnya dan tidak berada dalam lingkungan jarak 30 meter (100 kaki) daripada bahan tersebut. Kecurian bahan radioaktif bukan sesuatu yang luar biasa di Mexico. Pada April tahun lepas, sebuah kontena membawa iridium-192 telah dicuri dan didapatkan semula seminggu selepas itu di kawasan tenggara Mexico, kecurian keempat sejak 2013.

ARTIKEL YANG SAMA