Kontinjen wushu negara ketengahkan budaya Brunei

Kontinjen wushu negara ketengahkan budaya Brunei

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Jun – Budaya masyarakat Brunei diketengahkan oleh kontinjen seramai 10 orang daripada Persatuan Wushu Brunei yang mewakili Negara Brunei Darussalam semasa program pertukaran ‘Pembangunan Kesihatan Antarabangsa, Tai-Chi Beijing 2016’ yang berlangsung di Beijing, Republik Rakyat China selama dua hari iaitu pada 18 dan 19 Julai.

Kontinjen Brunei daripada Persatuan Wushu Brunei yang diketuai oleh Naib Presiden Persatuan, Woo Chung Heng, berpeluang untuk menunjukkan dan mengetengahkan budaya masyarakat Brunei bukan sahaja daripada segi persembahan tetapi juga pakaian masyarakat Melayu.

Semasa program dua hari itu, para peserta kontinjen bukan sahaja berpeluang untuk mengikuti pelbagai program pertukaran budaya tetapi mereka juga berpeluang untuk mengadakan lawatan ke beberapa buah tempat bersejarah di China.

Para peserta kontinjen Brunei mengadakan persembahan semasa program pertukaran berkenaan.
Para peserta kontinjen Brunei mengadakan persembahan semasa program pertukaran berkenaan.

Program pertukaran selama dua hari atas jemputan ‘Beijing People Associate for Friendship with Foreign Countries’ disertai oleh peserta-peserta dari negara-negara di seluruh dunia termasuk Brunei, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan, Eropah, Asia dan Afrika di mana para peserta berkongsi pengalaman dan mengambil bahagian dalam beberapa seminar termasuk ‘Pembangunan Kesihatan dan Tai-Chi bagi meningkatkan teknik berkaitan seni mempertahankan diri tradisional cina seperti seni Tai-Chi Quan, Tai-Chi Rouliqiu dan Health Qigong.

Program pertukaran itu diadakan setiap dua tahun dengan matlamat untuk mendedahkan kepada dunia akan budaya tradisi cina yang mempunyai sejarahnya tersendiri dan Tai-Chi sebagai sukan yang semakin popular serta menarik penyertaan yang meluas dalam kalangan masyarakat antarabangsa.

ARTIKEL YANG SAMA