Kontrak F1 Nico Rosberg muncul dalam Panama Papers

Kontrak F1 Nico Rosberg muncul dalam Panama Papers

BERLIN, 5 April (AFP) – Kontrak pendahulu kejuaraan dunia Formula Satu, Nico Rosberg bersama pasukan Mercedes diperlihatkan dalam Panama Papers, dokumen bocor yang mendedahkan persetujuan kewangan luar pantai, badan penyiaran Jerman, ARD melaporkan saemalam.

Pendedahan data yang bocor dari firma undang-undang Panama Mossack Fonseca menyatakan bagaimana kemewahan termasuk ahli politik dan bintang-bintang sukan menggunakan peguam untuk memantapkan syarikat-syarikat luar pantai mengejutkan seluruh dunia.

Dan menurut ARD, kontrak antara tempat kedua juara dunia dari Jerman 2014 dan 2015, Rosberg bersama Mercedes ‘dibuat bersama syarikat yang digelar Ambitious Group Limited’, yang berpangkalan di British Virgin, Island di Caribbean.

“Syarikat itu secara rasminya milik dua syarikat lain yang beribu pejabat di Jersey (Channel Island)…dan ditadbir oleh firma undang-undang Mossack Fonseca,” kata rangkaian German TV itu.

Alamat bagi ‘syarikat depan’ di Virgin Island adalah ‘sama seperti di mana beratus-ratus syarikat lain didaftarkan dalam fail Mossack Fonseca,” ARD mendedahkan.

“Ia bagaimana pun tidak jelas wang yang diberikan menerusi syarikat ini,” jelas ARD, yang memetik bahawa tidak terdapat elemen dalam dokumen yang menyatakan Daimler AG (pemilik Mercedes) atau Rosberg melakukan kesalahan dengan pengaturan ini.

“Sama ada Mercedes mahu pun Rosberg mahu menjelaskan mengapa pemandu itu digaji menerusi Caribbean,” tambah ARD.

Rosberg, pemenang dua Grand Prix pertama musim ini di Australia dan Bahrain, sudah bersama Mercedes sejak 2010 dan berkata menerusi peguamnya bahawa kes itu melibatkan peribadinya.