Kontrak Hafizh Syahrin masih di peringkat rundingan

Kontrak Hafizh Syahrin masih di peringkat rundingan

KUALA LUMPUR, 26 Sept – Kontrak pelumba Moto2 Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah bersama penaja utama, Petronas untuk perlumbaan Grand Prix Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan, masih dalam peringkat rundingan.

Pengurus pasukan Petronas Raceline Malaysia, Barry Leong berkata Hafizh Syahrin yang bersama pasukan itu sejak tiga tahun lepas, telah menunjukkan peningkatan serta semakin matang dalam setiap perlumbaan.

Katanya pelumba berusia 22 tahun itu telah mencapai sasaran awal iaitu menduduki kedudukan kelapan dunia bagi kelas Moto2 dengan pungutan 103 mata selepas 14 perlumbaan musim ini.

“Tentang kontrak, kami masih dalam peringkat rundingan dengan penaja (Petronas), saya bagaimanapun telah mendaftar nama Hafizh untuk perlumbaan musim depan dengan Dorna (pemegang hak penganjuran perlumbaan MotoGP) – Bernama

ARTIKEL YANG SAMA