Kontrak hak penyiaran FIFA disiasat

Kontrak hak penyiaran FIFA disiasat

ZURICH, 14 Sept (Reuters) – Pejabat Peguam Negara Switzerland akan menyiasat kontrak hak penyiaran media bagi edisi Piala Dunia 2010 dan 2014, kata dua pegawai undang-undang guaman Switzerland.

Siasatan itu berikutan laporan berita televisyen yang mendakwa FIFA menjual hak penyiaran itu dengan kadar jauh lebih rendah daripada harga pasaran kepada organisasi bola sepak di Caribbean sebelum ia dijual semula dengan harga terlalu tinggi.

Tindakan pendakwaraya Swiss yang sudah pun melancarkan siasatan ke atas FIFA mengenai hak penganjuran Piala Dunia 2018 dan 2022 meningkatkan lagi tekanan terhadap badan induk itu dan presidennya, Sepp Blatter selain bekas presiden bola sepak di Ceribbean, Jack Warner.

Warner ketika ini sedang melarikan diri daripada dibawa ke Amerika Syarikat untuk didakwa atas tuduhan rasuah yang membabitkan hak penyiaran bola sepak di Amerika.

Bletter begitupun masih belum didakwa dengan kedua-duanya menafikan daripada melakukan sebarang kesalahan. Stesyen televisyen Swiss, SRF melaporkan minggu lalu FIFA menandatangani kontrak media bersama Kesatuan Bola Sepak Carribean (CFU) dengan harga AS$600,000.

Begitupun, Warner yang ketika itu presiden di CFU menukarkan hak penyiaran itu kepada syarikatnya sendiri dan menjualnya dengan perjanjian bernilai di antara AS$15 juta dan AS$20 juta.

SRF juga turut memaparkan gambar mengenai kontrak itu di laman web mereka yang menampilkan tandatangan Blatter dan Warner.

Peguam Warner di AS enggan memberi komen dengan CFU turut tidak memberi sebarang tindak balas mengenai kes terbabit.