Kontrak Payet 5 tahun lagi

Kontrak Payet 5 tahun lagi

LONDON, 12 Feb – Perancang tengah berbakat West Ham United, Dmitri Payet, menandatangani kontrak jangka panjang baru bersama pasukan yang berpangkalan di London itu, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, semalam.

Pemain antarabangsa Perancis Payet hanya baharu tujuh bulan bersetuju dengan tawaran kontrak selama lima tahun dengan skuad kendalian Slaven Bilic susulan perpindahannya daripada Marseille tahun lalu.

Tetapi prestasi cemerlangnya musim ini dan laporan yang mengaitkan dengan bidaan sebanyak STG38 juta daripada kelab China yang enggan didedahkan meyakinkan The Hammers untuk menawarkan kontrak baharu yang lebih lumayan kepadanya.

Daily Mail melaporkan perjanjian itu membabitkan kenaikan gaji kepada 68,000 pound seminggu, bayaran penampilan untuk tempoh seminggu sebanyak 25,000 pound, yuran menandatangani 1 juta pound, selain beberapa bonus tambahan lain yang membolehkannya menerima pendapatan sekitar 125,000 pound seminggu.

“West Ham gembira untuk untuk mengumumkan Dmitri Payet bersetuju menandatangani kontrak panjang yang baharu dengan kelab kami.

Aksi Payet ketika dalam satu perlawanan. Payet telah menandatangani kontrak jangka panjang baru bersama pasukan yang berpangkalan di London. – Reuters
Aksi Payet ketika dalam satu perlawanan. Payet telah menandatangani kontrak jangka panjang baru bersama pasukan yang berpangkalan di London. – Reuters

“Perancang tengah Perancis, yang membawa impak besar sepanjang menyarung jersi merah anggur dan biru sejak tiba daripada Marseille musim panas lalu, menandatangani perjanjian sehingga musim panas 2021,” kata kenyataan yang dipetik dalam laman web mereka. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA