Kontrak Pizarro dilanjutkan

Kontrak Pizarro dilanjutkan

BERLIN, 18 Mei (AFP) – Pemain penyerang Claudio Pizarro telah menandatangani kontrak lanjutan di Werder Bremen, seperti yang diumumkan semalam, yang bermakna dia akan beraksi dalam persaingan Bundesliga yang melepasi ulang tahunnya yang ke-38.

Pemain penyerang dari Peru itu melanjutkan kontraknya sehingga bulan Jun 2017 setelah menjadi penjaring terbanyak sepanjang masa Bremen awal musim ini, dan menjaringkan 103 gol dalam 187 perlawanan liga bagi kelab utara Jerman itu.

Pizarro hanya membantu Bremen untuk menghindarkan penyingkiran dengan kemenangan 1-0 di gelanggang sendiri kepada Eintracht Frankfurt pada Sabtu lalu.

Ia adalah tandukan dari Pizarro yang membawa kepada jaringan kemenangan minit akhir ke-88 Papy Djilobodji menentang Frankfurt yang meningkatkan Bremen. Pizarro akan berusia 38 tahun pada Oktober ini dan berkata hasratnya untuk beraksi bagi pasukan Peru pada Piala Dunia 2018 di Rusia.

Pizarro telah menandatangani kontrak lanjutan di Werder Bremen dan akan beraksi dalam persaingan Bundesliga. – AFP
Pizarro telah menandatangani kontrak lanjutan di Werder Bremen dan akan beraksi dalam persaingan Bundesliga. – AFP

“Saya merasa bagus dan gembira kerana saya mampu untuk beraksi bagi musim selanjutnya bagi kelab yang istimewa ini,’ pemain antarabangsa Peru itu, memberitahu Werder.tv.

“Ia adalah sukar, tetapi ia adalah tahun yang hebat bagi saya.” Setelah beraksi menentang bagi Bayern Munich dan Chelsea, Pizzarro kini berada dalam musim ketiga bersama Bremen selepas menyertai semula Werder pada awal musim 2015/16.

Dia adalah penjaring terbanyak musim lalu dengan 14 gol dalam pasukan kelompok teratas Jerman.

ARTIKEL YANG SAMA