Kontroversi selubungi Piala Presiden

Kontroversi selubungi Piala Presiden

INCHEON, Korea Selatan, 9 Okt (AFP) – Kekeliruan dan kontroversi menyelubungi Piala Presiden hari ini apabila Phil Mickelson dan Zach Johnson tewas lubang ke tujuh “dua kali” selepas didenda kerana melanggar peraturan.

Kedua-dua pemain dari Amerika Syarikat itu berdiri di tee ke tujuh di Jack Nicklaus Golf Club, Incheon, dalam persaingan empat pemain menentang dua pemain dari Australia, Adam Scott dan Jason Day.

Pada ketika itu mereka berjalan keluar dari green, mereka ketinggalan dua lubang – sesuatu yang dilihat mustahil dalam persaingan golf.

Ia kemudian menyaksikan Mickelson telah melanggar peraturan yang menyatakan anda perlu beraksi dalam semua pusingan dengan jenama dan model kayu pemukul yang sama.

Mickelson menyedari dia mempunyai model bola berbeza Callaway selepas membuat pukulan tee pada lubang ketujuh dan melaporkan dirinya kepada pengadil pertandingan, yang menghalangnya dari menamatkan lubang.

Phil Mickelson (kiri) berjabat tangan dengan rakan sepasukannya Zach Johnson (kanan) selepas menyudahkan pusingan pada lubang ke-18 kejohanan Piala Presiden di Kelab Golf Jack Nicklaus di Incheon, bahagian barat Seoul. – AFP
Phil Mickelson (kiri) berjabat tangan dengan rakan sepasukannya Zach Johnson (kanan) selepas menyudahkan pusingan pada lubang ke-18 kejohanan Piala Presiden di Kelab Golf Jack Nicklaus di Incheon, bahagian barat Seoul. – AFP

Johnson menghasilkan par, tetapi Day memenangi lubang itu bagi pasukan Antarabangsa dengan tiga birdie.

Pakar peraturan, Steve Rintoul menjelaskan dalam Golf Channel bahawa pelanggaran dari salah satu peraturan bola yang memberikan bagi kehilangan “perubahan pertandingan” satu bola – yang menyaksikan pemain dari AS itu kehilangan dua lubang sebanyak dua kali.

Kenyataan itu menyaksikan pesaing, media yang menonton dan penonton dalam keadaan keliru. Peminat golf dan juga pemain profesional dengan segera membuat kenyataan kepada media sosial untuk mengkritik peraturan tersebut.

Bekas ahli pasukan AS, Keegan Bradley berkata dalam Twitter: ‘Bagaimana anda boleh kehilangan satu lubang sebanyak dua kali???! #ussgarules#wow”

Seorang pengguna Twitter, Ari Marcus berkata: Jelas anda boleh hilang satu lubang sebanyak dua kali sekarang… Bagaimana boleh dalam mana –mana pertandingan ditutup lebih awal sekarang? I.E. Bagaimana anda boleh hilang 2&1 jika ini satu kemungkinan?”.