Konvensyen KKC Kementerian Pembangunan

Konvensyen KKC Kementerian Pembangunan

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Ogos – Sebanyak 11 kumpulan hari ini, menyertai Konvensyen Kumpulan Kerja Cemerlang (KKC) bagi Peringkat Kementerian Pembangunan dan Jabatan-jabatan di bawahnya yang diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja dan Latihan, Kementerian Pembangunan, di sini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional) di Kementerian Pembangunan, Dato Paduka Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny.

Turut hadir Pemangku Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) di Kementerian Pembangunan, Haji Marzuke bin Haji Mohsin selaku pengerusi majlis.

Konvensyen KKC tersebut disertai oleh Jabatan Ukur yang menampilkan tujuh kumpulan terdiri daripada kumpulan TBT15, ITQAN, PGS1516, CADAS, DATA, TOCAD dan LAKAS; Jabatan Perkhidmatan Teknikal, Jabatan Kerja Raya sebanyak dua kumpulan iaitu kumpulan ET^8 dan BKS dan Jabatan Tanah dan Jabatan Mekanikal dan Elektrikal masing-masing menampilkan satu kumpulan diwakili oleh kumpulan TANAI dan TITIH.

Dato Paduka Eddie menyaksikan persembahan daripada perwakilan kumpulan KKC.
Dato Paduka Eddie menyaksikan persembahan daripada perwakilan kumpulan KKC.

Konvensyen KKC tersebut merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan yang antara lain bertujuan untuk membudayakan bekerja secara berkumpulan selain berusaha mencapai tahap prestasi, kualiti kerja dan produktiviti perkhidmatan yang lebih tinggi.

Pengumuman nama-nama pemenang dan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diadakan pada 13 Ogos ini di tempat yang sama.

ARTIKEL YANG SAMA