Konvensyen pakar sukan 23 November depan

Konvensyen pakar sukan 23 November depan

HAVANA, 22 Sept (Agensi) – Para pakar dari 32 negara memohon akreditasi bagi Konvensyen Antarabangsa Ke-6 Sukan dan Kesihatan Jasmani (AFIDE-2015), yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Havana, bermula 23 sehingga 27 November depan.

Hampir 1,000 peserta dijangka mengambil bahagian dalam konvensyen berkenaan, menurut para penganjur.

Dalam satu kenyataan kepada Prensa Latina, Eduardo Vento, Naib Presiden Institut Sukan Kebangsaan, Pendidikan Fizikal dan Rekreasi (INDER), berkata konvensyen itu termasuk bengkel, simposium dan persidangan bertujuan mempromosi pertukaran dan kejayaan bidang saintifik dalam aktiviti fizikal dan sukan.