Konvensyen permainan di Pusat Belia hingga Ahad ini

Konvensyen permainan di Pusat Belia hingga Ahad ini

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Penggemar permainan khususnya model aksi yang mengetengahkan watak-watak wira daripada siri komik dan juga kartun bukan sahaja berpeluang untuk menyaksikan pelbagai model aksi tetapi juga membeli model-model kegemaran mereka semasa Konvensyen Permainan (Toy Con) 2015 yang berlangsung di Dewan Riadah, Pusat Belia Bandar Seri Begawan, selama tiga hari bermula hari ini.

Konvensyen yang dianjurkan oleh Pusat Belia Bandar Seri Begawan itu membawa tema Millenials Hobby and Entrepreneurship Convention, dan di antara model-model aksi terkenal yang dipamerkan termasuk model Gundam, Hot Toys, Hot Wheels dan Transformers.

Acara itu memberikan peluang kepada para penggemar dan pengumpul model aksi dan permainan untuk mengongsi pengalaman mengenai koleksi masing-masing.

pg12_150801_c

Di antara permainan dan model yang dipamerkan serta yang dijual di konvensyen selama tiga hari itu.
Di antara permainan dan model yang dipamerkan serta yang dijual di konvensyen selama tiga hari itu.

Di samping itu, para pengunjung juga berpeluang untuk membeli model-model unik dan terhad yang dijual di konvensyen itu. Selain pameran permainan, pelbagai kegiatan turut diatur sepanjang konvensyen sehingga 2 Ogos itu termasuk perlumbaan Hot Wheels, kuiz mini, peraduan mewarna dan pertandingan Plamo.

Konvensyen yang dianjurkan dengan kerjasama Brunei Plamo Group dan Brunei Hobby Enthusiasts itu dibuka untuk kunjungan orang ramai bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.