Konvo Kolej IGS 17 Sept ini

Konvo Kolej IGS 17 Sept ini

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Sept – Tarikh 17 September nanti bakal menjadi satu tarikh yang akan diabadikan oleh kira-kira 926 graduan yang bakal menerima sijil dan ijazah mereka di Majlis Konvokesyen Kolej IGS 2015 yang akan berlangsung di Pusat Kesenian dan Pertukangan Tangan, Jalan Subok, Kota Batu.

Semasa majlis itu nanti, lebih 900 orang graduan akan menerima ijazah, diploma tinggi kebangsaan, diploma dan sijil kemahiran mereka dalam pelbagai bidang. Majlis itu dijangka akan dihadiri oleh tokoh-tokoh berpengaruh, pegawai-pegawai kanan kerajaan, pensyarah serta ibu bapa dan keluarga para graduan yang diraikan.

ARTIKEL YANG SAMA