Konvoi bantuan dihalang masuk

Konvoi bantuan dihalang masuk

DAMSYIK, 13 Mei (AFP) – Satu konvoi bantuan tidak dibenarkan memasuki Daraya di Syria semalam, kata Palang Merah, sekali gus menghancurkan harapan untuk penghantaran pertama sejak rejim tentera memulakan pengepungan ke atas bandar yang dikawal oleh pemberontak pada 2012.

Di kawasan utara di wilayah Idlib, pesawat udara yang tidak dikenalpasti melancarkan lebih 60 serangan yang mensasarkan lapangan tentera yang dikawal oleh anggota gabungan Al-Qaeda di Syria, membunuh 16 pejuang jihad daripada Barisan Al-Nusra dan pejuang gabungan, kata pengawas.

Satu gencatan senjata di bandar pertempuran Syria Aleppo telah luput, tanpa pelanjutan baru selepas ia telah dilanjutkan dua kali menerusi campur tangan saat-saat terakhir oleh Moscow dan Washington.

Konvoi lima trak yang dianjur oleh ICRC, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Bulan Sabit Merah Arab Syria dijangka menghantar susu tepung dan bekalan perubatan dan sekolah ke Daraya.

“Kami menggesa pihak berkuasa yang bertanggungjawab supaya membenarkan kami masuk ke Daraya, supaya kami boleh pulang dengan makanan dan ubat yang amat diperlukan” di luar ibu negara, kata Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa selepas konvoi tidak dibenarkan masuk.

PBB berkata ia telah memutuskan supaya tidak meneruskan dengan konvoi setelah “barangan pemakanan” dibuang.

Duta PBB Staffan de Mistura dan penyelaras kemanusiaan tetap telah “memutuskan untuk meninggalkan misi ke Daraya disebabkan pembuangan barangan pemakanan untuk kanak-kanak selain daripada vaksin daripada konvoi PBB di tempat pemeriksaan terakhir,” kata jurucakap Stephane Dujarric.

Daraya mempunyai penduduk sebelum peperangan berjumlah 80,000 orang tetapi ia telah merosot sebanyak hampir 90 peratus, dengan penduduk yang tinggal mengalami kekkurangan teruk dan pemakanan tak seimbang.