Konvoi bantuan tiba di Haiti

Konvoi bantuan tiba di Haiti

JEREMIE, Haiti, 9 Okt – Sebuah landasan kapal terbang kecil di pinggir bandar sibuk dengan aktiviti. Konvoi bantuan sedang tiba dari ibu negara, memandangkan beberapa jalan yang dihanyutkan oleh Taufan Matthew telah pun dibersihkan. Sebuah kapal baj yang membawa makanan dan air sedang berlabuh di pantai di bandar ini.

Satu respons antarabangsa terhadap krisis yang dicetuskan oleh Taufan Matthew di barat daya Haiti sedang dilancarkan semalam walaupun ketika pihak berkuasa masih berusaha menilai jumlah kematian dan pemusnahan.

“Ia mulai pulih sekarang,” kata Stephane Rolland, penyelaras serantau untuk Persekutuan Palang Merah Antarabangsa, tatkala pekerja memunggah muatan selimut, sabun, peluntur dan barangan penting lain di Jeremie.

Timbulnya sekatan, termasuk landasan kapal terbang di Jeremie tidak dapat menempatkan kapal terbang kargo yang besar, dan hanya beroperasi pada siang. Kebanyakan kampung di barat daya semenanjung adalah sukar untuk dimasuki. Dan penduduk semakin terdesak selepas kehilangan segalanya apabila ribut melanda kawasan tersebut pada Selasa.

Orang ramai memunggah makanan dan air yang dibawa menggunakan bot menerusi badan kebajikan ‘Misi Harapan’ selepas Taufan Matthew melanda Jeremie, Haiti pada 8 Okt. – AP
Orang ramai memunggah makanan dan air yang dibawa menggunakan bot menerusi badan kebajikan ‘Misi Harapan’ selepas Taufan Matthew melanda Jeremie, Haiti pada 8 Okt. – AP

Seorang wanita merenung dengan tangan yang terentang ketika konvoi PBB memandu melalui bandar. “Saya berasa lapar. Saya berharap mereka boleh membantu,” kata Fabienne Charles, menjelaskan dia biasanya akan bekerja sebagai peniaga pasar tetapi kehi-langan bekalannya dalam ribut berkenaan.

Jumlah kematian akibat ribut masih tidak jelas. Guillaume Silbera, pegawai kanan dengan Agensi Perlindungan Awam di Jabatan Grand-Anse, yang terletak di hujung semenanjung selatan dan termasuk bandar Jeremie, berkata mereka telah mengesahkan 522 kematian, tidak termasuk mangsa yang berada di beberapa komuniti terpencil kerana mereka masih belum sampai disebabkan jalan dan jambatan yang roboh.

“Kami fikir jumlah tersebut akan meningkat,” kata Silvera.

Sementara itu, ibu pejabat Perlindungan Awam di Port-au-Prince berkata semalam pengiraan rasmi mereka untuk seluruh negara adalah 335, yang termasuk 191 kematian di Grand-Anse. – AP