Konvoi Kembara Merdeka SESB lalui 14 daerah

Konvoi Kembara Merdeka SESB lalui 14 daerah

SANDAKAN, 10 Sept – Konvoi Kembara Merdeka anjuran Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) yang disertai 120 pekerja dan vendor akan melalui 14 daerah di negeri ini termasuk Labuan.

Konvoi yang menggunakan 20 kenderaan pacuan empat roda dan 30 motosikal berkuasa tinggi yang bermula sejak Selasa lepas sudah melalui lima daerah termasuk Sandakan.

Hari ini konvoi dilepaskan dari daerah ini oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali di hadapan pejabat SESB di Jalan Batu Sapi bagi meneruskan perjalanan ke tempat persinggahan keenam di daerah Lahad Datu.

Pengarah Urusan SESB Ir. Abdul Razak Salim berkata program kembara ini berlangsung selama sembilan hari lapan malam akan berakhir pada 16 Sept melalui 14 daerah di pantai barat dan timur Sabah termasuk Labuan sebelum kembali ke Kota Kinabalu pada 16 Sept.

“Program itu merupakan aktiviti tahunan syarikat bagi meningkatkan semangat patriotisme dan rasa tanggungjawab terhadap negara dalam kalangan warga kerja SESB,” katanya ketika ditemui selepas majlis pelepasan itu.

KEMBARA MERDEKA...Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali (tengah) bergambar bersama peserta Konvoi Kembara Merdeka (SESB) pada majlis pelepasan dari Pejabat SESB Sandakan di Jalan Batu Sapi, Sandakan, semalam. - Bernama
KEMBARA MERDEKA…Timbalan Ketua Polis Daerah Sandakan Supt Fadzil Mohd Ali (tengah) bergambar bersama peserta Konvoi Kembara Merdeka (SESB) pada majlis pelepasan dari Pejabat SESB Sandakan di Jalan Batu Sapi, Sandakan, semalam. – Bernama

Katanya pengisian persingahan merangkumi aktiviti seperti melawat tugu, sekolah, pejabat penguat kuasaan, masjid dan rumah amal untuk pengagihan bendera, hamper dan barangan elektrik.

Bagi persinggah di daerah Sandakan, peserta konvoi menyampaikan sumbangan kepada tokong Cina Pao Kung. – Bernama