Kooyong jadi pilihan gelanggang Piala Davis

Kooyong jadi pilihan gelanggang Piala Davis

MELBOURNE, 25 Dis (Reuters) – Australia akan menghoskan Amerika Syarikat (AS) dalam pertandingan pembukaan Piala Davis mereka tahun depan di Kooyong Lawn Tennis Kelab, Melbourne, bekas tempat bagi Terbuka Australia.

Gelanggang rumput Kooyong di timur sub bandar itu menghoskan pertandingan grand slam sehingga ia dipindahkan ke tapak sekarang di Melbourne Park pada 1988. Kooyong sejak itu menghoskan pertandingan pemanasan bagi Terbuka Australia atas permukaan gelanggang keras yang sama digunakan di Melbourne Park, tetapi gelanggangnya akan ditukar kepada rumput bagi pertandingan Piala Davis bermula 4 hingga 6 Mac depan.

“Untuk beraksi dalam Piala Davis di Melbourne, tempat tenis di Australia, di kelab seperti Kooyong dengan terlalu banyak sejarah tenis adalah satu kelebihan,” kata kapten Piala Davis Australia, Lleyton Hewitt dalam siaran media kelmarin.

Gelanggang tenis Kooyong bersejarah yang pernah menghoskan Terbuka Australia satu ketika dahulu.
Gelanggang tenis Kooyong bersejarah yang pernah menghoskan Terbuka Australia satu ketika dahulu.

Ia adalah Piala Davis pertama diadakan di Kooyong dalam tempoh 10 tahun, dan akan menandakan persaingan ke-46 di antara Australia dan AS dalam pertandingan berpasukan.

Australia kali terakhir menentang AS pada 1999, menewaskan mereka dalam suku akhir bagi menjulang gelaran mereka. Australia berada di tangga kedua di belakang AS dalam senarai kemenangan sepanjang masa, dengan 28 gelaran berbanding AS 32.

ARTIKEL YANG SAMA