‘Kopi Kapal Api’ pilih 26 pelanggan bertuah

‘Kopi Kapal Api’ pilih 26 pelanggan bertuah

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Jan – Sebanyak 26 nama bertuah telah dipilih secara rambang dalam cabutan awal bagi Cabutan Bertuah ‘Kopi Kapal Api: Betul-Betul Menarik!’ yang berlangsung di Pejabat Bintang Ria Sdn Bhd, hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, nama-nama bertuah berkenaan dipilih daripada lebih 1,000 penyertaan dan mereka akan dihubungi untuk menghadiri cabutan utama dan majlis penyampaian hadiah yang akan diadakan pada 31 Januari 2016, pukul 1 petang semasa Pesta Pengguna ke-17 di Pusat Persidangan Antarabangasa, Berakas.

Pada majlis itu nanti, pemenang utama akan membawa pulang TV HD 4K Ultra 43” LG, manakala itu, hadiah pertama adalah peti sejuk hibrid Toshiba LED (554L), kedua Samsung Galaxy S6 Edge (32GB dengan WiFi), ketiga mesin basuh auto Hitachi (13KG), keempat Apple iPad Mini 4 (16GB dengan WiFi) dan kelima LG Microwave Oven (30L).

Di samping itu, 20 pemenang lain tidak akan pulang dengan tangan kosong, mereka akan menerima hadiah sagu hati berupa hamper Kopi Kapal Api (bernilai $60 setiap satu).

Wakil Kopi Kapal Api semasa pemilihan cabutan 26 pelanggan bertuah.
Wakil Kopi Kapal Api semasa pemilihan cabutan 26 pelanggan bertuah.

Cabutan bertuah anjuran Bintang Ria Sdn Bhd dan dikendalikan oleh Adison Marketing Services ini, merupakan cabutan Kapal Api pertama dan terbesar di Brunei. Pelanggan yang membeli satu pek produk Kapal Api yang terpilih dari 1 Oktober hingga 31 Disember 2015 layak untuk menyertai cabutan berkenaan. Ia diadakan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan dan ganjaran kepada mereka atas kesetiaan dan sokongan kepada jenama kopi berkenaan.

Dalam pada itu, di samping cabutan utama pada hari terakhir Pesta Pengguna, pengunjung petak Kapal Api sepanjang pesta berkenaan akan berpeluang mendapatkan produk-produk mereka pada harga istimewa. Hadiah-hadiah istimewa juga akan diberikan atas dasar yang dahulu didahulukan.

ARTIKEL YANG SAMA