Kopites juara bola sepak 7 sepasukan

Oleh Ak Zaki Kasharan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Mac – Pasukan Kopites muncul juara pertandingan bola sepak tujuh orang sepasukan sementara itu Pasukan Penyokong Kelab Bola Sepak Liverpool pula menduduki tempat kedua dan diikuti oleh Pasukan Al-Ikwan dan Gulf bersama menduduki tempat ketiga.

Kejohanan yang diadakan di Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam kelmarin itu merupakan anjuran Penyokong Kelab Bola Sepak Liverpool Brunei

Mohd Surmasdino @ Mohd Sa’duddin bin Haji Metusin telah diumumkan sebagai pemain veteran terbaik perlawanan manakala Haji Mud Ali Qadhrry bin Haji Ali Ahmad pula muncul sebagai pemain terbaik. Sementara itu, Mohd Afif bin Haji Arif pula menjadi pemain terbaik junior.

Pertandingan seumpama ini diharap dapat mengeratkan lagi persahabatan antara pasukan-pasukan yang terlibat dalam pada yang sama bersaing secara sihat.

Para pemain bergambar ramai setelah majlis penyerahan hadiah kepada para pemenang selesai dijalankan.