KOPRI hargai kerja cemerlang kakitangan

KOPRI hargai kerja cemerlang kakitangan

Oleh Salawati Haji Yahya

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 14 Julai – Seramai 11 pengawal keselamatan, Koperasi Rimbun Berhad (KOPRI), hari ini, menerima sijil penghargaan atas usaha kerja cemerlang mereka mengawal dan menjaga keselamatan di tempat kerja masing-masing. Majlis penyampaian sijil penghargaan dan hamper barangan makanan yang berlangsung di Ibu Pejabat KOPRI itu disempurnakan oleh Pengerusi KOPRI, Dato Paduka Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Awang Besar.

Salah seorang pengawal keselamatan yang menerima sijil penghargaan tersebut, Awang Rosmini bin Haji Matali ketika ditemui melahirkan perasaan gembira kerana terpilih untuk menerima sijil penghargaan atas usaha kerja cemerlang semasa menjalankan tugas.

Beliau yang bertugas di Milimewah Berakas dan telah berkhidmat sebagai pengawal keselamatan di KOPRI selama 13 tahun akan berusaha lebih giat lagi dalam memberi khidmat berkawal dan menjaga keselamatan terutama dalam menangani kegiatan jenayah.

Turut hadir menyaksikan penyampaian sijil dan hamper itu, pengarah-pengarah KOPRI dan pengurus besar dan timbalan pengurus besar KOPRI serta pengurus dan penyelia.

Pengerusi KOPRI berkesempatan bergambar ramai bersama para pengawal keselamatan di majlis itu.
Pengerusi KOPRI berkesempatan bergambar ramai bersama para pengawal keselamatan di majlis itu.

ARTIKEL YANG SAMA