Korban awam Afghan cecah rekod 11,000 pada 2015

Korban awam Afghan cecah rekod 11,000 pada 2015

KABUL, 14 Feb – Jumlah orang awam yang terbunuh atau cedera di Afghanistan pada 2015 adalah rekod yang tertinggi sejak 2009, kata PBB dalam laporan baru hari ini, dengan kanak –kanak menerima akibat teruk.

Terdapat 11,002 kecederaan awam pada 2015 termasuk 3,545 kematian, kata PBB dalam laporan tahunannya terhadap orang awam dalam konflik bersenjata, peningkatan empat peratus dari sebelumnya pada 2014.

“Kerosakan dilakukan kepada orang awam adalah tidak dapat diterima sepenuhnya,’ kata Nicholas Haysom, perwakilan khas PBB ke Afghanistan.

‘Kami meminta mereka yang melakukan ini ke atas rakyat Afghanistan untuk mengambil tindakan tegas bagi melindungi orang awam dan menghentikan pembunuhan dan kerosakan.”

Pertempuran dan serangan di kawasan – kawasan padat dan bandar raya utama digambarkan sebagai punca utama kematian orang awam pada 2015, menggariskan tekanan oleh militan Taliban ke pusat – pusat bandar “dengan kemungkinan mengakibatkan kecederaan terhadap orang awam”, laporan menyatakan.

PBB mula mengumpulkan laporan tahunan pada 2009.

Termasuk serangan yang didakwa dilakukan Taliban, Misi Bantuan PBB di Afghanistan menggalas tanggungjawab bagi 62 peratus dari kecederaan orang awam pada 2015 sehingga elemen anti kerajaan.

Tetapi laporan itu juga menyatakan peningkatan dalam kecederaan yang berpunca oleh tentera pro kerajaan, termasuk tentera Afghanistan dan tentera antarabangsa.

Tujuh belas peratus dari semua kecederaan pada 2015 berpunca dari tekanan seperti itu- -peningkatan 28 peratus pada 2014- -kata laporan. Ia tidak mungkin menyatakan pihak mana yang mencetuskan 21 peratus kecederaan- AFP

ARTIKEL YANG SAMA