Korban banjir di Vietnam meningkat

Korban banjir di Vietnam meningkat

HANOI, 17 Okt – Kejadian banjir teruk di tengah Vietnam telah mengorbankan kira-kira 25 orang dan memusnahkan beribu-ribu buah rumah, menurut para pegawai hari ini ketika negara itu bersiap sedia bagi kemusnahan seterusnya apabila ribut taufan semakin menghampiri.

Imej-imej yang memaparkan wilayah-wilayah yang dilanda banjir menunjukkan rumah hampir ditenggelami sepenuhnya dan orang ramai berdayung melalui jalan raya yang ditenggelami air, ekoran hujan lebat yang bermula minggu lalu.

Empat orang masih dilaporkan hilang selepas banjir besar itu memusnahkan atau merosakkan lebih 240,000 buah rumah di beberapa tengah wilayah sejak Jumaat, menurut pejabat Pencegahan Bencana Alam dalam laman sesawangnya.

Media kerajaan melaporkan bahawa kira-kira sebuah loji hidrokuasa tempatan tiba-tiba melepaskan air dari empangannya, yang menyumbang kepada beberapa kemusnahan pada hujung minggu.

Penduduk kampung menaiki sebuah bot mengangkut kotak mi segera yang mereka diterima daripada bantuan kemanusiaan banjir di sebuah kampung di daerah Huong Khe, wilayah tengah Ha Tinh, kelmarin. – AFP
Penduduk kampung menaiki sebuah bot mengangkut kotak mi segera yang mereka diterima daripada bantuan kemanusiaan banjir di sebuah kampung di daerah Huong Khe, wilayah tengah Ha Tinh, kelmarin. – AFP

Menurut kerajaan ia sedang menyiasat sama ada loji hidrokuasa Ho Ho di wilayah Ha Tinh melepaskan air tanpa amaran. Sementara itu taufan Sarika yang melanda Filipina pada hujung minggu dijangka melanda Vietnam pada hari Rabu, dimana wilayah utara dalam langkah berjaga-jaga.

Para peramal cuaca tempatan berkata mereka menjangka Sarika menjadi ribut terbesar musim ini. Menurut pihak berkuasa mereka mungkin mengeluarkan perintah berpindah dan tegahan ke atas kapal yang belayar ke laut, menurut laporan itu lagi.

Vietnam setiap tahun dilanda sehingga dua belas taufan tropika atau pun taufan yang kerap mengakibatkan kemusnahan meluas di sepanjang rantau pantai. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA