Korban bot karam Rohingya meningkat

DHAKA, 10 Okt – Angka kematian nahas bot karam membawa pelarian Rohingya di sebatang sungai yang memisahkan sempadan negara berkenaan dengan Bangladesh meningkat kepada 26 orang pada Selasa, selepas 12 mayat lagi ditemui, lapor agensi berita China Xinhua.

Pengawal Sempadan Bangladesh (BGB), polis dan penduduk tempatan menjumpai kesemua mayat dalam keadaan terapung di Teluk Bengal berhampiran Pulau Shah Porir dalam daerah Cox’s Bazar, kira-kira 292 kilometer di tenggara ibu negara Dhaka, kata seorang pegawai.

“Mayat 12 kanak-kanak dan wanita itu dijumpai pagi Selasa dan ini menjadikan kematian meningkat kepada 26 orang daripada 14 sebelum ini,” kata pegawai pentadbiran daerah Cox’s Bazar yang enggan namanya didedahkan. – Bernama