Korban gempa bumi Ecuador meningkat kepada 650 orang

Korban gempa bumi Ecuador meningkat kepada 650 orang

QUITO, Ecuador, 24 April – Hampir 650 orang kini  telah dilaporkan meninggal dunia dalam gempa bumi kuat yang melanda Ecuador seminggu lalu, kata Presiden Rafael Correa pada Sabtu, apabila tol kematian itu boleh melonjak lebih tinggi lagi.

Gempa berukuran 7.8 magnitud pada Sabtu lepas adalah yang paling teruk melanda negara Amerika Selatan itu dalam beberapa dekad, menyebabkan bangunan runtuh dan merosakkan jalan raya dan infrastruktur lain di kawasan pelancongan di sepanjang pantai Ecuador.

Gempa susulan yang kuat telah menggegarkan negara itu hampir setiap hari sejak dari gempa bumi kuat itu dan jumlah yang mati dijangka terus meningkat dengan 130 orang lagi masih hilang.

“Kami mencatatkan 646 kematian, 12,492 cedera dan 26,091 orang berada di pusat perlindungan,” kata Correa, sambil menambah bahawa lebih daripada 100 orang telah diselamatkan secara hidup-hidup dari dalam runtuhan dan kerja-kerja menyelamat masih sedang dijalankan, walaupun harapan untuk mencari lebih banyak mangsa agak tipis.

Angka kematian sebelum ini adalah berjumlah 602.

Seorang lelaki  membersihkan tempat runtuhan untuk dikitar semula pada Sabtu lalu, di tengah-tengah serpihan runtuhan bangunan, seminggu selepas gempa bumi  dahsyat melanda di Pedernales, Ecuador. – AP
Seorang lelaki membersihkan tempat runtuhan untuk dikitar semula pada Sabtu lalu, di tengah-tengah serpihan runtuhan bangunan, seminggu selepas gempa bumi dahsyat melanda di Pedernales, Ecuador. – AP

Correa mengumumkan satu siri langkah-langkah ekonomi yang drastik  semasa ucapannya kepada negara itu pada Rabu lalu bagi bertujuan untuk membayar pembinaan semula bandar yang hancur itu dengan anggaran kos AS$3 bilion. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA