Korban gempa bumi Ecuador meningkat

Korban gempa bumi Ecuador meningkat

PEDERNALES, Ecuador, 19 April (AFP) – Pasukan penyelamat dan keluarga yangterdesaksibuk menarik badan mangsa melalui runtuhan, menarik keluar mereka yang masih hidup dua hari selepas gempa bumi yang mengorbankan sekurang-kurangnya 413 orang dan memusnahkan kawasan pelancongan Ekuador.

Kaum keluarga dan saudara-mara menangis semasa mengasingkan ketulan serpihan dengan tangan mereka semasa mereka menyertai pencarian bagi orang tersayang mereka bersama-sama dengan pasukan pemadam kebakaran serta pengorek mekanikal. Pihak berkuasa melaporkan bahawa seorang telah ditemui selamat pada petang Isnin di bawah runtuhan di hotel El Gato di Portoviejo.

Media tempatan melaporkan bahawa seorang wanita telah diselamatkan dari runtuhan bangunan selepas terperangkap selama 20 jam di bandar yang teruk terjejas di Pedernales. Anggota bomba berkata di Twitter mereka bahawa mereka telah menarik keluar tiga mangsa lain dari runtuhan di bandar Manta.

Kerajaan menaikkan angka kematian daripada gempa bumi 7.8 skala Richter di negara Amerika Selatan itu kepada 413 orang. “Kami telah mengira sebanyak 413 kematian pada masa ini,” kata Kementerian Keselamatan Dalam Negeri di negara itu pada Isnin. Pada masa itu pihak berkuasa berkata, lebih 2,000 orang cedera.

Penduduk berjalan melintasi deretan bangunan yang runtuh akibat dari gempa bumi 7.8 pada skala Richter, di Portoviejo, Ecuador, pada Isnin. – AP
Penduduk berjalan melintasi deretan bangunan yang runtuh akibat dari gempa bumi 7.8 pada skala Richter, di Portoviejo, Ecuador, pada Isnin. – AP

Negara-negara luar dan organisasi telah menghantar pasukan penyelamat bagi membantu pencarian dan unit perubatan telah merawat mereka yang cedera, sambil berkata puluhan ribumemerlukan bantuan. Membina semula kawasan yang musnah mungkin akan mengambil kos berbilion-bilion dolar, kata Presiden Rafael Correa semasa lawatannya ke Pedernales.

Sepanjang pantai Pasifik, di bandar-bandar Pedernales, Manta dan Portoviejo, bau mayat yang reput menyelubungi udara pulau tropika itu, di bawah timbunan runtuhan dan logam. Penyelamat bersama dengan anjing penghidu berkeliaran mencari bangkai mangsa.

Di Pedernales, Datuk Bandar Gabriel Alcivar menganggarkan terdapat beratus-ratus orang mati tertimbus di bawah runtuhan. Askar telah meronda bandar pantai, dan kumpulan Palang Merah dan tentera membuka hospital lapangan dan rumah mayat sementara di stadium tempatan.