Korban gempa bumi Itali meningkat 267

Korban gempa bumi Itali meningkat 267

ROME, 26 Ogos – Angka kematian akibat gempa bumi yang kuat di tengah Itali meningkat kepada 267 hari ini dengan 367 mengalami kecederaan dimasukkan ke hospital, kata agensi perlindungan awam.

Immacolata Postiglione, ketua unit kecemasan agensi itu, berkata tiada mangsa yang terselamat dalam pencarian mangsa hari ketiga dalam runtuhan tersebut.

Kerajaan mengisytiharkan darurat bagi kawasan-kawasan yang terjejas oleh gempa bumi Rabu itu dengan Perdana Menteri Matteo Renzi memberikan tranche awal sebanyak 50 juta euro ($56 juta) untuk bantuan kecemasan. – AFP