Korban kebakaran kilang bunga api Guatemala meningkat

Korban kebakaran kilang bunga api Guatemala meningkat

GUATEMALA CITY, 1 Jan (AFP) – Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun terbunuh akibat kesan kebakaran dalam letupan kilang bunga api haram di Guatemala.

Sekali gus menjadikan angka kematian kepada empat orang, kata perkhidmatan kesihatan.

Tiga lagi yang terbunuh ialah remaja perempuan berusia 15 tahun dan dua lelaki masing-masing berusia 10 dan 16 tahun dalam kejadian pada Rabu lalu di sebuah kediaman di barat laut negara itu ketika bunga api berkenaan dibuat menjelang Tahun Baharu.

Dua kanak-kanak berusia 13 dan 14 tahun masih dirawat di hospital manakala lelaki berusia 52 tahun turut dirawat akibat kecederaan.