Korban kereta api Baluchistan meningkat

Korban kereta api Baluchistan meningkat

QUETTA, Pakistan, 18 Nov (AFP) – Jumlah kematian daripada kemalangan kereta api di wilayah barat daya Pakistan Baluchistan telah meningkat kepada 19 dan kira-kira satu dozen orang masih berada dalam keadaan kritikal, kata pegawai hari ini.

Sebuah kereta api Pakistan Railways yang membawa kira-kira 300 penumpang dari ibu negeri wilayah Quetta ke utara bandar Rawalpindi tergelincir semalam, walaupun puncanya masih tidak diketahui. Pegawai berkata tiga orang lagi meninggal dunia akibat kecederaan semalaman.

“Jumlah kematian telah meningkat kepada 19 sekarang. Seramai 96 orang sedang menerima rawatan di hospital dan kira-kira satu dozen orang masih dalam keadaan kritikal,” beritahu Akbar Hussain Durrani, setiausaha dalam negeri wilayah Baluchistan, kepada AFP.

Pegawai Keselamatan Pakistan dan penduduk tempatan berkumpul di tapak kelamangan kereta api di daerah Bolan, 75 kilometer dari Quetta. – AFP
Pegawai Keselamatan Pakistan dan penduduk tempatan berkumpul di tapak kelamangan kereta api di daerah Bolan, 75 kilometer dari Quetta. – AFP

Sementara itu, seorang pegawai daripada Pakistan Railways berkata pakar melawat tempat kemalangan pagi semalam dan satu panel siasatan mungkin ditubuhkan untuk memastikan punca kemalangan.

Kemalangan kereta api biasa berlaku di Pakistan, yang mewarisi landasan dan kereta api beribu-ribu batu jauhnya daripada bekas jajahan kuasa Britain.

Perkhidmatan kereta api telah mengalami kemerosotan berdekad-dekad lamanya disebabkan rasuah, salah pengurusan dan kekurangan pelaburan.

Pada Julai, sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh apabila sebuah kereta api tentera khas terjatuh ke dalam sebuah terusan setelah sebuah jambatan roboh sebahagiannya.