Korban ketiga pendakian puncak Everest

Korban ketiga pendakian puncak Everest

KATHMANDU, Nepal, 23 Mei (AP) – Seorang pendaki India yang telah jatuh sakit dan dibawa turun dari Gunung Everest telah meninggal dunia, menjadi orang ketiga yang meninggal dunia dalam beberapa hari ini ketika cuba mendaki kemuncak tertinggi di dunia, kata penganjur ekspedisi hari ini.

Subhash Paul meninggal dunia semalaman ketika beliau dibawa turun dari gunung oleh pemandu Sherpa, kata Wangchu Sherpa daripada agensi Kem Perjalanan Jauh Nepal di Kathmandu.

Dua anggota India lain daripada kumpulan Paul – Paresh Nath dan Goutam Ghosh – telah hilang sejak Sabtu. Sherpa berkata mereka tidak mungkin bertahan dalam keadaan Everest yang teruk.

Seorang lagi anggota kumpulan yang telah jatuh sakit, seorang wanita India dikenali sebagai Sunita Hazra, sedang berehat di kem di altitud yang lebih selamat selepas dibawa turun.

Seorang lelaki Belanda meninggal dunia pada Jumaat dan seorang wanita Australia meninggal dunia beberapa jam selepas mengalami penyakit altitud di Everest. Berpuluh pendaki lain telah mengalami fros atau jatuh sakit berhampiran kemuncak dalam beberapa hari ini.

Sekumpulan pengembara antarabangsa melalui glasier di kem pangkalan Gunung Everest, Nepal semalam. – AP
Sekumpulan pengembara antarabangsa melalui glasier di kem pangkalan Gunung Everest, Nepal semalam. – AP

Cuaca yang lebih baik membenarkan hampir 400 pendaki sampai ke kemuncak dari Nepal sejak 11 Mei, tetapi altitud, cuaca dan rupa bumi yang teruk boleh menimbulkan masalah pada bila-bila masa.

Beribu-ribu prang telah mendaki di Gunung Everest dengan ketinggian 8,850 meter sejak ia pertama ditawan oleh Edmund Hillary dari New Zealand dan Sherpa Tenzing Norgay pada 1953. Namun lebih daripada 250 orang telah terbunuh dalam percubaan tersebut.

Syarikat perjalanan jauh berasa bimbang untuk melihat pendaki asing kembali ke Everest selelas bencana selama dua tahun.

Pada tahun lalu, gempa bumi yang teruk di Nepal menyebabkan musim mendaki dibatalkan, dan percubaan mendaki ditinggalkan pada tahun 2014 selepas satu runtuhan salji di kem membunuh 16 pemandu Sherpa.