Korban letupan kilang kimia di India meningkat

Korban letupan kilang kimia di India meningkat

NEW DELHI, 29 Mei – Jumlah kematian dalam letupan di kilang kimia di negeri Maharashtra, India telah meningkat kepada 12 orang, kata pegawai semalam.

Letupan berlaku pada Khamis di Dombivali di Daerah Thane, kira-kira 40 km dari utara Mumbai, bandar ibu negeri Maharashtra. Lebih 150 orang cedera dalam letupan dandang di kilang yang menghasilkan produk kimia organik.

“Jumlah kematian dalam letupan dandang di Dombivli telah mencecah 12 orang,” kata pegawai. “Jumlah bertambah dengan penemuan mayat baru daripada runtuhan di tapak.”

Penduduk tempatan berkata kesan letupan adalah kuat sehingga meranapkan bangunan dan memecah tingkap kebanyakan bangunan di kawasan sekitarnya.

Sementara itu, kerajaan tempatan telah mengarahkan satu siasatan dalam letupan dan mengingatkan tindakan keras akan diambil ke atas mereka yang bertanggungjawab dalam kemalangan itu.

Gambar fail 26 Mei 2016 menunjukkan anggota bomba dan penyelamat berada di tapak letupan kilang kimia di Dombivli, di pinggir Mumbai, India. – AP
Gambar fail 26 Mei 2016 menunjukkan anggota bomba dan penyelamat berada di tapak letupan kilang kimia di Dombivli, di pinggir Mumbai, India. – AP

Ketua Menteri Maharashtra Devendra Fadnavis telah meminta kumpulan siasatan untuk menghantar laporannya dalam tempoh satu bulan.

Laporan berkata pihak berkuasa negeri telah mengarahkan penutupan kesemua kilang kimia selama seminggu di sekitar bandar untuk memudahkan pemeriksaan keselamatan yang menyeluruh. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA