Korban nahas feri Indonesia meningkat

Korban nahas feri Indonesia meningkat

JAKARTA 24 Dis (AFP) – Angka kematian akibat tragedi feri karam di tengah Indonesia telah meningkat kepada 20 orang, kata pihak berkuasa meskipun hampir 60 orang masih hilang selepas lima hari ia karam di lautan bergelora.

Ketua agensi mencari dan menyelamat Bambang Soelistyo memberitahu AFP , 13 mayat ditemui Rabu lalu di teluk selatan Pulau Sulawesi, di mana feri malang itu menghantar isyarat kecemasan sebelum terputus hubungan pada hujung minggu lalu.

“Setakat ini, kami telah memindahkan 60 orang,” kata Soelistyo sambil menambah bahawa 40 orang ditemui masih hidup dan 20 orang mati.

Feri malang itu dipercayai membawa 116 orang semasa ia ditimpa masalah, kata dengan memetik angka penumpang yang disediakan oleh operator feri.

Sepuluh kapal perang tentera laut dan dua buah pesawat membuat pencarian di laut bagi mengesan tanda-tanda mereka yang masih hilang, manakala keluarga menunggu cemas untuk berita di Siwa, bandar pelabuhan yang merupakan destinasi feri malang itu.

Salah seorang yang ditemui masih hidup ialah kapten feri, juga seperti mangsa lain menyatakan gelombang besar telah menghempas bot itu sebelum enjin mati dan perintah untuk meninggalkan kapal dibuat.

Ramai penumpang terapung di dalam air memakai jaket keselamatan.

Soelistyo berkata pencarian, kini masuk di hari kelima, dan akan diteruskan sehingga Sabtu tetapi boleh diperluas dengan beberapa hari.

“Ia bergantung kepada operasi dari semasa ke semasa,” katanya.

Kepulauan Indonesia mempunyai lebih daripada 17,000 Pulau dan sangat bergantung kepada perkhidmatan feri.

ARTIKEL YANG SAMA