Korban orang awam semakin meningkat

Korban orang awam semakin meningkat

KABUL, 25 Julai – Orang awam yang terbunuh atau cedera di Afghanistan mencecah tahap tinggi dalam separuh tahun pertama pada 2016, kata PBB hari ini, dengan kanak-kanak menjadi mangsa terutamanya tatkala kumpulan pemberontak mempertingkat pertempuran.

Di antara Januari dan Jun, 1,601 orang awam terbunuh dan 3,565 cedera – pertambahan sebanyak empat peratus dalam mangsa yang terkorban atau cedera berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, kata Misi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan (UNAMA). Mangsa yang terkorban atau cedera mencecah tahap tertinggi sejak PBB mulai mengeluarkan laporannya pada 2009.

Jumlah mangsa terkorban atau cedera termasuk 1,509 kanak-kanak – satu angka yang digambarkan oleh PBB sebagai “membimbangkan dan memalukan.”

Statistik merupakan petunjuk suram tentang keadaan tidak selamat yang meningkat di Afghanistan tatkala Taliban mempertingkat pemberontakan mereka di seluruh negara dan kumpulan Islamic State berusaha mengembang pengaruh mereka di timur wilayah.

“Setiap pengorbanan dan kecederaan didokumenkan dalam laporan ini – orang terbunuh ketika sembahyang, bekerja, belajar, mengambil air, berpulih di hospital – setiap mangsa korban atau cedera melambang kegagalan komitmen dan harus menjadi amaran untuk parti terhadap konflik serta mengambil langkah berkesan untuk mengurangkan penderitaan orang awam,” kata ketua UNAMA Tadamichi Yamamoto.

“Kata-kata basi yang tidak disokong oleh tindakan berkesan adalah tidak bererti lama-kelamaan. Sejarah dan kenangan kolektif penduduk Afghan akan mengadili pemimpin semua parti terhadap konflik ini dengan tingkah laku sebenar mereka.” – AFP

ARTIKEL YANG SAMA