Korban pergolakan kasta India meningkat

Korban pergolakan kasta India meningkat

NEW DELHI, 26 Feb (AFP) – Jumlah korban pergolakan kasta di utara India telah meningkat kepada 28 tetapi keganasan telah berjaya ditangani, kata pegawai semalam ketika mahkamah meminta pihak berkuasa untuk menyiasat laporan rogol semasa rusuhan.

Keganasan besar-besaran melanda negeri Haryana utara hujung minggu lalu selepas kasta Jat mengetuai protes untuk menuntut layanan istimewa dalam pekerjaan dan pendidikan kerajaan.

Rabu lalu, Mahkamah Tinggi Punjab dan Haryana meminta kerajaan untuk menyiasat insiden dakwaan keganasan seksual selepas laporan media berkata sekurang-kurangnya 10 wanita telah dirogol oleh perusuh Jat di daerah Sonipat.

ARTIKEL YANG SAMA