Korban p’raya Gabon meningkat

Korban p’raya Gabon meningkat

LIBREVIILE, 4 Sept – Keganasan selepas pilihan raya di Gabon telah meragut dua lagi nyawa, menurut sumber semalam, selepas Presiden Ali Bongo diisytiharkan pemenang pada undian minggu lepas, manakala pencabar utamanya Jean Ping mengisytiharkan kemenangan untuk dirinya sendiri.

Seorang daripada dua mangsa baru itu adalah anggota polis. Mangsa pertama dilaporkan daripada pasukan keselamatan Gabon yang disenaraikan sebagai terbunuh dalam keganasan yang tercetus pada pengumuman Rabu lalu di mana Bongo diisyitiharkan menang dalam pilihan raya hujung minggu lalu.

Penyerang yang menembak anggota polis di kepala itu ditahan apabila mereka cuba untuk menyeberangi sempadan Equatorial Guinea.

Kira-kira 800 orang ditahan di ibu negara Libreville sejak tiga hari lalu atas sebab “menjatuhkan maruah dan keadaan yang tidak boleh diterima,” kata peguam Jean-Pierre Akumbu M’Oluna.

Gambar yang diambil semalam di Libreville menunjukkan tompokkan darah kelihatan di lantai ruangan bilik persidangan di ibu pejabat ketua pembangkang Gabon , Jean Ping. – AFP
Gambar yang diambil semalam di Libreville menunjukkan tompokkan darah kelihatan di lantai ruangan bilik persidangan di ibu pejabat ketua pembangkang Gabon , Jean Ping. – AFP

Menter Dalam Negeri itu berkata, walaupun keganasan masih berterusan, “kita melihat suasana di Libreville kembali aman,” apabila perniagaan mula dibuka. Walau bagaimanapun ibu negara Gabon masih belum mendapat akses internet sejak Rabu lalu.

Keadaan tegang masih tinggi di ibu negara ekonomi Port-Gentil di mana belia-belia telah ditembak mati oleh pasukan keselamatan semalaman, menurut saksi. Beberapa penduduk berkata kematian itu hanyalah salah satu daripada serangan di Port-Gentil baru-baru ini yang disebabkan oleh pasukan keselamatan. – AFP