Korban serangan Israel di Palestin meningkat 27 jiwa

Korban serangan Israel di Palestin meningkat 27 jiwa

RAMALLAH, 14 Okt – Bilangan rakyat Palestin yang terbunuh sejak awal Oktober lalu berikutan konfrontasi dengan tentera Israel di Tebing Barat, Baitulmuqaddis dan Semenanjung Gaza, meningkat kepada 27, termasuk 7 kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan Palestin hari ini berkata dalam satu kenyataan bahawa 1,400 rakyat Palestin turut tercedera akibat peluru hidup dan getah Israel.

“Lebih 4,000 rakyat Palestin juga mengalami sesak nafas semasa konfrontasi yang bermula akibat daripada serangan Israel di Yerusalem dan Masjid Al Aqsa. – NNN