Korban serangan meningkat 8

Korban serangan meningkat 8

JAKARTA, 17 Jan – Angka kematian dalam serangan pelampau di Jakarta meningkat kepada lapan orang, termasuklah empat orang awam dan empat orang militan, selepas seorang warga Indonesia yang berada di tempat kejadian dan tercedera telah meninggal dunia semalam, menurut polis hari ini.

Sebelumnya pihak polis meletakkan bilangan mangsa dari serangan Khamis lalu itu pada dua orang, tetapi menaikkan bilangan itu dengan kematian terbaru ini dan pengesahan bahawa seorang lelaki Indonesia pada asalnya disyaki adalah seorang militan adalah sebenarnya orang awam.

Kumpulan Islamic State (IS) telah mengaku melancarkan serangan bom dan senjata yang diselaraskan di sepanjang jalan raya besar di ibu negara.

Pihak berkuasa Indonesia mengatakan dalang serangan adalah puak IS yang terutama-nya terdiri daripada orang Indonesia dan Malaysia yang bertutur bahasa Melayu yang terlibat dalam perjuangan kejam kumpulan pelampau untuk menjadi khalifah yang diisytiharkan sendiri di Syria dan Iraq.

Seorang pegawai polis Indonesia (kiri) mengetuai pemindahan mayat Sugito, mangsa serangan 14 Januari di Jakarta, untuk diserahkan kepada keluarganya di hospital polis di Jakarta pada 17 Januari. - AFP
Seorang pegawai polis Indonesia (kiri) mengetuai pemindahan mayat Sugito, mangsa serangan 14 Januari di Jakarta, untuk diserahkan kepada keluarganya di hospital polis di Jakarta pada 17 Januari. – AFP

Serangan di Jakarta juga mengakibatkan berbelas-belas orang tercedera – termasuklah beberapa warga asing – beberapa daripada mereka dalam keadaan serius.

“Seorang lagi mangsa yang dalam keadaan koma sejak awal lagi telah meninggal dunia semalam,” jurucakap polis Jakarta Muhammad Iqbal memberitahu AFP, dengan mengesahkan kematian terbaru itu.

Namanya ialah Rais Karna, 37 tahun, seorang warga Indonesia yang bekerja di bank berhampiran dan yang meninggal dunia akibat tembakan senjata di bahagian kepalanya.

Mangsa keempat, yang pada awalnya disangka penyerang, dikenal pasti sebagai Sugito.

Pihak berkuasa di negara-negara Asia Tenggara dengan bilangan ramai penduduk Islam mengatakan beratus-ratus warganegaranya telah menyertai jihad IS di Timur Tengah dan berulang kali memberi amaran bahawa keganasan pelampau mungkin berbalik kepada tanah air.

Indonesia adalah negara di dunia yang mempunyai paling ramai rakyat beragama Islam di dunia.

Menurut polis semalam mereka telah memberkas 12 orang dalam serbuan di seluruh Indonesia, termasuklah seorang lelaki yang mereka percayai mengendali pembiayaan bagi serangan di Jakarta, wang yang dikatakan oleh pihak berkuasa datangnya daripada kumpulan IS. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA