Korban tanah runtuh di timur China meningkat

Korban tanah runtuh di timur China meningkat

HANGZHOU, 5 Okt – Sepuluh orang telah disahkan terkorban kelmarin selepas tanah runtuh melanda sebuah kampung di timur China, Zhejiang, Rabu lepas, kata pihak berkuasa tempatan.

Seramai 17 orang masih hilang, menurut pejabat publisiti kerajaan wilayah. Operasi menyelamat dan mencari telah memasuki hari ketujuh kelmarin, dengan pasukan penyelamat masih berusaha untuk mencari mangsa yang hilang.

Ribut hujan dicetuskan oleh Taufan Megi menyebabkan kira-kira 400,000 meter padu serpihan menggelongsor ke bawah gunung berdekatan, menguburkan 20 buah rumah di Perkampungan Sucun, Wilayah Suichang Rabu lepas. Sumber daripada pentadbiran ukur wilayah, pemetaan dan maklumat-geo berkata rumah yang terkubur adalah pada kedalaman purata 15 meter. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA