Korban tanah runtuh Sri Lanka meningkat

Korban tanah runtuh Sri Lanka meningkat

COLOMBO, 19 Mei (Xinhua) – Angka kematian dari banjir kilat di Sri Lanka dan kejadian tanah runtuh meningkat kepada 41 orang hari ini ketika pasukan penyelamat meneruskan usaha operasi kecemasan mencari dan memindahkan di kebanyakan daerah di seluruh pulau itu, menurut Pusat Pengurusan Bencana.

Pasukan penyelamat telah menemui lima lagi mayat dari tempat kejadian tanah runtuh di Bulathkohupitiya di daerah Tengah Kegalle, Sri Lanka hari ini, yang menjadi angka kematian kepada 10 orang dan para pegawai berkata mereka sedang mencari 15 orang lagi, yang terperangkap di bawah runtuhan.

Semalam lima mayat ditemui dari tempat kejadian tanah runtuh. Operasi menyelamat juga diteruskan di Aranayake juga di daerah Kegalle yang mana di situ berlaku kejadian tanah runtuh yang menimbus tiga buah kampung petang Selasa lalu. Empat belas mayat telah ditemui di bawah runtuhan semalam tetapi pihak tentera berkata mereka sedang mencari 134 orang lagi. “Usaha kami diteruskan tetapi kami berdepan hujan lebat. Bagaimanapun matlamat kami ialah untuk mencari 134 orang lagi yang berada di bawah runtuhan,” pegawai yang bertanggung jawab ke atas misi menyelamat Major Jeneral Sudantha Ranasinghe memberitahu Xinhua.

Anggota tentera Sri Lanka dalam misi bantuan dan menyelamat berikutan kejadian tanah runtuh di perkampungan Bulathkohupitiya Rabu lalu. – AFP
Anggota tentera Sri Lanka dalam misi bantuan dan menyelamat berikutan kejadian tanah runtuh di perkampungan Bulathkohupitiya Rabu lalu. – AFP

Usaha menyelamat terhenti hari ini disebabkan hujan lebat tetapi pasukan-pasukan yang bersiap sedia untuk memulakan usaha mencari bagi mereka yang hilang sebaik saja hujan berhenti. Major Jeneral Ranasinghe berkata terdapat ancaman tanah runtuh seterusnya di kawasan itu ketika hujan terus turun.

Para penduduk di kampung-kampung berhampiran telah dipindahkan dan ditempatkan di sembilan tempat perlindungan sementara yang didirikan di kawasan itu. Lebih 150 orang diselamatkan dari kejadian tanah runtuh itu, menurut pegawai.

Lebih 418,000 orang terjejas oleh banjir dan tanah runtuh di seluruh negara pulau ini disebabkan hujan lebat dan angin kencang yang bermula petang Sabtu lalu. Orang ramai di kawasan berbukit juga dinasihatkan berpindah jika mereka melihat anda-tanda tanah runtuh.

ARTIKEL YANG SAMA