Korban tanda kesyukuran

Korban tanda kesyukuran

Noorhamizan Haji Mohd Mosbi

 

TEMBURONG, 12 Sept – Ahli Takmir Masjid Utama Muhammad Salleh dan Masjid RPN Rataie, Temburong hari ini mengadakan majlis korban tanda kesyukuran terhadap nikmat yang dianugerahkan Allah S.W.T, memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidiladha.

Tiga ekor kerbau dan seekor kambing ditumbangkan di Masjid Utama Muhammad Salleh manakala lima lagi kerbau di Masjid RPN Rataie. Ia kemudiannya diagihkan kepada lebih 300 orang penerima daripada kalangan mereka yang layak menerimanya.

Hadir mengagihkan daging korban ialah imam Masjid Utama Muhammad Salleh dan Ketua Kampung Rataie, Awang Ali Radin.

Gotong-royong melapah daging korban di perkarangan Masjid RPN Rataie, Mukim Bokok.
Gotong-royong melapah daging korban di perkarangan Masjid RPN Rataie, Mukim Bokok.

ARTIKEL YANG SAMA