Korda juara Sime Darby LPGA Malaysia

Korda juara Sime Darby LPGA Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 Okt – Pemain Amerika Syarikat, Jessica Korda muncul juara kejohanan golf Sime Darby LPGA Malaysia yang juga gelaran pertamanya dalam siri Jelajah LPGA tahun ini.

Korda, 22, menamatkan pusingan akhir kejohanan yang menawarkan hadiah berjumlah AS$2 juta itu dengan enam bawah par 65 bagi catatan keseluruhan 18 bawah par 266.

Catatan itu adalah empat pukulan lebih baik daripada bintang New Zealand, Lydia Ko (66), pemain Amerika Syarikat, Stacy Lewis (67) dan juara bertahan, Feng Shanshan dari China (66) yang berkongsi tempat kedua dengan masing-masing mengumpulkan 270.

Korda memulakan pusingan keempat hari ini dengan cemerlang apabila menghasilkan lima birdie sebelum mencicirkan satu pukulan selepas melakukan bogey di lubang 11 par empat.

Bagaimanapun, beliau bangkit kembali dengan dua birdie di lubang ke-16 dan 18. – Agensi