Korea bina kedutaan kekal di Brunei

Korea bina kedutaan kekal di Brunei

Oleh Sim Y. H.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Okt – Hubungan dua hala di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Korea diperkukuhkan dan melangkah satu tapak ke hadapan apabila Korea bakal mempunyai bangunan kekal Kedutaan Republik Korea di Negara Brunei Darussalam yang akan siap dibina pada 2016.

Sehubungan itu, Majlis Peletakan Batu Asas bagi Bangunan Kedutaan Republik Korea di Negara Brunei Darussalam yang terletak di Jalan Kebangsaan, telah diadakan hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat dan untuk bersama-sama merasmikan peletakan batu asas ialah Timbalan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan, Haji Adnan bin Haji Mohd Jaafar.

Turut hadir ialah para perwakilan dari negara-negara sahabat, pegawai-pegawai kanan kerajaan serta para jemputan khas.

Duta Republik Korea ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Cho Won-myung dalam temu bual ringkas bersama Media Permata selepas majlis peletakan batu asas itu berkata pembinaan bangunan kekal kedutaan itu melakarkan satu sejarah penting dalam hubungan persahabatan dan dua hala di antara Brunei dan Korea. Ia menandakan satu permulaan yang baru dan baik ke arah meningkatkan lagi pertukaran, kerjasama dan persahabatan dua hala di antara kedua-dua buah negara.

TYT Cho dan Haji Adnan serta para jemputan khas menyempurnakan peletakan batu asas di majlis berkenaan.
TYT Cho dan Haji Adnan serta para jemputan khas menyempurnakan peletakan batu asas di majlis berkenaan.
TYT Cho dan Haji Adnan yang menghadiri majlis berkenaan.
TYT Cho dan Haji Adnan yang menghadiri majlis berkenaan.
TYT Cho menyampaikan kata alu-aluannya di majlis itu.
TYT Cho menyampaikan kata alu-aluannya di majlis itu.
Ilustrasi Bangunan Kedutaan Korea di Negara Brunei Darussalam yang dijadualkan siap pembinaannya pada Oktober 2016.
Ilustrasi Bangunan Kedutaan Korea di Negara Brunei Darussalam yang dijadualkan siap pembinaannya pada Oktober 2016.

Dengan adanya bangunan kedutaan itu, ia menyediakan ruang bagi meningkatkan kerjasama dalam pelbagai bidang kerana bangunan itu boleh menjadi pusat persahabatan, pusat pertukaran kebudayaan dan pertemuan di antara rakyat kedua buah negara.

Terdahulu daripada itu, TYT Cho dalam kata alu-aluannya melahirkan harapan agar pembinaan bangunan kedutaan dan juga kediaman rasmi Duta Korea akan menjadi pusat bagi pertukaran dan kerjasama dua hala yang aktif dalam pelbagai bidang termasuk politik, ekonomi, kebudayaan dan konsulat.

Majlis kemudian menyaksikan Haji Adnan dan TYT Cho serta para jemputan khas bersama-sama menyempurnakan peletakan batu asas bagi bangunan kedutaan berkenaan.

Pembinaan bangunan kedutaan yang baru itu dijadualkan siap pada Oktober 2016 yang mana bangunan itu akan mempunyai sebuah dewan besar yang bakal digunakan untuk mengadakan pelbagai jenis acara dan bangunan itu mendapat ilham pembinaan atau konsep daripada bangunan tradisional Korea.

ARTIKEL YANG SAMA