Korea-Jepun runding isu hamba seks perang

Korea-Jepun runding isu hamba seks perang

SEOUL, 28 Dis – Menteri Luar Korea Selatan dan Jepun mengadakan perbincangan hari ini berhubung isu ratusan ribu wanita dijadikan hamba seks ketika perang, isu lama yang masih menjejaskan hubungan dua negara.

Media Korea Selatan melaporkan, sejam sebelum pertemuan Menteri Luar Korea Selatan, Yun Byung-Se dan rakan sejawatnya, Fumio Kishida, Seoul dan Tokyo sudah berusaha untuk mencapai kata persetujuan dalam menyelesaikan isu ‘comfort women’ (wanita penghibur).

Dianggarkan kira-kira 200,000 wanita dijadikan hamba seks oleh Jepun ketika Perang Dunia II, kebanyakannya terdiri daripada wanita Korea dan mereka diberi jolokan wanita penghibur.

Susulan itu, Seoul menuntut permohonan maaf secara rasmi dan ganti rugi kepada 46 wanita Korea yang masih hidup. Akhbar harian Joongang Ilbo melaporkan kerajaan Korea Selatan dipetik sebagai berkata, kedua-dua pihak menemui jalan penyelesaian kepada isu yang menjejaskan hubungan dua negara terbabit.

“Adalah menjadi tanggungjawab di bawah undang-undang kerajaan Jepun untuk memindahkan wanita penghibur ini ketika perang,” kata sumber kerajaan.

Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida (kiri) berjabat tangan dengan Menteri Luar Korea Selatan, Yun Byung-Se (kanan) selepas sidang media di Kementerian Luar  Seoul. – AFP
Menteri Luar Jepun, Fumio Kishida (kiri) berjabat tangan dengan Menteri Luar Korea Selatan, Yun Byung-Se (kanan) selepas sidang media di Kementerian Luar Seoul. – AFP

Akhbar itu melaporkan, hasil perbincangan bakal mendapatkan penyelesaian, membabitkan penggunaan dana kerajaan untuk membayar pampasan kepada mangsa atau dikenali sebagai ‘atonement Recompense’ (pampasan perdamaian).

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe turut menulis surat memohon maaf kepada mangsa, yang akan dihantar secara peribadi kepada mereka oleh Duta Jepun di Seoul, demikian menurut akhbar itu lagi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA