Korea ketepi bayaran visa

Korea ketepi bayaran visa

SEOUL, 1 Julai (AFP) – Korea Selatan berkata hari ini ia akan mengetepikan bayaran visa untuk pelawat dari China dan Asia Tenggara tatkala ia bergelut untuk berpulih daripada wabak MERS yang telah melihat jumlah pelancong merosot.

Pengumuman itu keluar tatkala negara tidak melaporkan kes baru untuk empat hari berturut-turut dalam wabak Sindrom Pernafasan Timur Tengah yang telah menjangkiti 182 orang, membunuh 33 orang.

Kementerian keadilan berkata visa yang telahpun dikeluarkan akan dilanjutkan untuk tiga bulan lagi tatkala Korea Selatan memasuki musim pelancong kemuncak pada Julai dan Ogos.

“Langkah berkenaan bertujuan membantu merangsang industri pelancongan, yang telah dijejaskan oleh wabak MERS,” katanya dalam satu kenyataan.

Wabak itu telah memberi tamparan yang hebat kepada industri pelancongan, dengan pulau peranginan selatan Jeju mencatat kemerosotan 46 peratus dalam pelawat China pada Jun berbanding dengan tahun lalu.

Timbalan menteri pelancongan Kim Chong mengingatkan pendapatan negara mungkin dikurangkan sebanyak $2.3 bilion jika jumlah pelawat asing merosot sebanyak 50 peratus.

Korea Selatan akan mengetepikan bayaran visa pelancong, bernilai $15, dari 6 Julai sehingga 30 September untuk mereka yang melancong dalam kumpulan.

Mereka termasuk pelancong dari China, Kemboja, Indonesia, Filipina dan Vietnam, kata kementerian.

Tempoh sah visa yang dikeluarkan di antara 1 Mac dan 30 Jun akan dilanjutkan secara automatik dari tiga bulan hingga enam bulan.

Lebih daripada satu juta pelancong telah diberikan visa berkenaan.

Pelancong China yang melawat dalam kumpulan dengan visa Jepun juga dibenarkan memasuki Korea Selatan tanpa visa untuk penginapan sehingga 15 hari, katanya.

ARTIKEL YANG SAMA