Korea pilih M’sia, Program Inap Desa ASEAN

Korea pilih M’sia, Program Inap Desa ASEAN

SEPANG, 30 Dis – Malaysia dipilih oleh Pusat ASEAN-Korea (AKC) sebagai negara pertama bagi projek perintis Program Inap Desa ASEAN berikutan kejayaan negara dalam industri inap desa berbanding negara membangun lain.

Setiausaha Agung AKC Kim Young-sun berkata pemilihan itu berdasarkan pematuhan Malaysia terhadap Standard Inap Desa Malaysia yang diguna pakai semua negara anggota ASEAN sejak tahun lepas sebagai Standard Inap Desa ASEAN.

“Malaysia boleh dijadikan contoh terbaik bagi kejayaan industri inap desa di rantau ini, maka itulah sebabnya kami berada di sini hari ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Inap Desa ASEAN ‘Belia Memupuk Pembangunan Pelancongan Mapan’ di sini, hari ini. – Bernama