Korea S, AS mula latihan tentera skala besar

Korea S, AS mula latihan tentera skala besar

SEOUL, 22 Ogos – Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) memulakan latihan ketenteraan berskala besar hari ini, mencetuskan kutukan dan ancaman serangan nuklear dari Korea Utara.

Latihan tahunan Ulchi Freedom selama dua minggu, yang bercirikan serangan skala penuh daripada Korea Utara bersenjata nuklear, sebahagian besarnya adalah berasaskan komputer, tetapi masih melibatkan kira-kira 50,000 tentera Korea dan 25,000 tentera AS.

Latihan itu sentiasa menambah lagi ketegangan di semenanjung Korea yang berbahagi dan tahun ini ia bertepatan dengan hubungan selat seberang yang sentiasa bergolak ekoran siri-siri pembelotan yang begitu ditonjolkan.

Seoul dan Washington menegaskan latihan tentera bersama itu adalah sepenuhnya demi pertahanan, namun Pyongyang menganggapnya provokatif sengaja.

Kementerian Luar Negeri Korea Utara hari ini mengecam Ulchi Freedom sebagai ‘tindakan jenayah yang tidak dapat dimaafkan’ yang boleh membawa semenanjung itu ‘diambang perang’.

Sementara itu, Tentera Rakyat Korea (KPA), mengancam respons tentera kepada apa ia gambarkan sebagai latihan bagi serangan nuklear mengejut dari Korea Utara.

Unit-unit barisan hadapan Korea Utara ‘sepenuhnya bersedia untuk meningkatkan serangan balas terlebih dahulu ke atas semua kumpulan serangan musuh yang terlibat,” kata jurucakap kakitangan turus am KPA.

Ketika latihan bermula, Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye berkata pembelotan membayangkan kemelesetan domestik di Pyongyang yang boleh mengundang bidasan Korea Utara.

“Dengan kemungkinan meningkat yang Korea Utara akan melancarkan pelbagai serangan ganas dan provokasi untuk menyekat kekacauan dalaman, mencegah pembelotan seterusnya dan menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat kita,” Park memberitahu penerangan kabinet.

Ulasan beliau dibuat sehari selepas Kementerian Penyatuan di Seoul menggesa semua warganegara dikawal daripada kemungkinan cubaan pembunuhan Korea Utara ke atas mereka yang berpaling tadah dan aktivis anti Pyongyang di Korea Selatan.

Park berkata ketenteraan Korea Selatan dalam langkah berjaga-jaga dan akan ‘menyerang balik dengan penuh bertenaga; sekiranya berlaku sebarang tindakan berseteru. Ulchi Freedom memperlihatkan senario serangan sepenuhnya oleh Korea Utara, negara nuklear, dan Seoul dan Washington mendesak ia sepenuhnya dalam semula jadi. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA