Korea S, AS sedia hadapi ancaman Korea U

Korea S, AS sedia hadapi ancaman Korea U

SEOUL, Korea Selatan, 8 Julai – Pegawai tentera Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan berkata hari ini mereka bersedia menghantar sistem pertahanan peluru berpandu AS di Korea Selatan untuk menghadapi dan mengatasi ancaman Korea Utara. Pengumuman itu akan mencetuskan bantahan di Beijing, Moscow dan Pyongyang.

Seoul dan Washington melancarkan rundingan formal bagi penghantaran Pertahanan Kawasan Altitud Tinggi Terminal, atau THAAD, setelah Korea Utara menjalankan ujian nuklear dan pelancaran roket jarak jauh pada awal tahun ini. China, Rusia dan Korea Utara semuanya berkata penghantaran THAAD boleh membantu radar AS mengesan peluru berpandu di negara mereka.

Pada hari ini, timbalan menteri pertahanan Korea Selatan, Yoo Jeh Seung, memberitahu persidangan akhbar bahawa Seoul dan Washington akan menghantar segera sistem itu disebabkan keupayaan senjata Korea Utara yang semakin meningkat menimbulkan ancaman yang besar kepada rantau.

Beliau berkata kedua-dua negara hampir-hampir menentukan lokasi tentera terbaik untuk THAAD sementara juga memenuhi standard alam sekitar, kesihatan dan keselamatan. – AP

ARTIKEL YANG SAMA