Korea S, China tandatangani FTA

Korea S, China tandatangani FTA

SEOUL, 1 Jun (AFP) – China dan Korea Selatan hari ini secara rasminya telah menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang akan membatalkan keseluruhan tarif antara ekonomi-ekonomi keempat terbesar dan terbesar di Asia, yang perdagangan mereka itu sudah pun bernilai lebih $200 bilion.

Pakatan itu sebahagian besarnya dipersetujui pada November dan ditandatangani oleh kedua-dua menteri perdagangan negara itu pada Isnin yang bertujuan untuk membatalkan tarif secara beransur-ansur ke atas lebih 90 peratus barang dagangan dalam masa 20 tahun.

China merupakan rakan perniagaan penting Korea Selatan serta pasaran eksport terbesar, dan perdagangan dua cara yang berjumlah sekitar $235.3 bilion pada 2014, menurut data kerajaan di Seoul.

Korea Selatan juga merupakan salah sebuah pelabur asing terbesar di China, menjana kira-kira $1.6 bilion dalam suku pertama tahun ini.

Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye, dalam suratnya kepada pemimpin China, Xi Jinping, menggelar perjanjian itu sebagai ‘peristiwa penting bersejarah’ yang seterusnya akan mengukuhkan lagi hubungan.

Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng (kanan) berjabat tangan dengan Menteri Perdagangan Korea Selatan, Yoon Sang-Jick semasa mesyuarat perjanjian perdagangan bebas dua pihak di sebuah hotel di Seoul pada 1 Jun. – AFP
Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng (kanan) berjabat tangan dengan Menteri Perdagangan Korea Selatan, Yoon Sang-Jick semasa mesyuarat perjanjian perdagangan bebas dua pihak di sebuah hotel di Seoul pada 1 Jun. – AFP

FTA Korea-China akan….membawa hubungan bilateral yang telah dibina selama bertahun-tahun ke paras baru keseluruhannya,” kata Park dalam surat yang disampaikan kepada menteri perdagangan China, Gao Hucheng.

Menunggu persetujuan mandatori parlimen, FTA juga akan membolehkan firma-firma sederhana dan kecil Korea Selatan mendapat akses besar ke atas pasaran pengguna China dan membantu mewujudkan lebih 50,000 kerja di Selatan, menurut kementerian perdagangan Seoul.

“Terutamanya, eksport barangan pengguna dalam fesyen, kosmetik, peralatan rumah dan produk makanan bertaraf tinggi akan meningkat dengan hebat,” katanya dalam satu kenyataan.

Persetujuan itu akan membatalkan tarif ke atas 71 peratus eksport Korea Selatan ke China dalam masa 10 tahun dan 91 peratus dalam masa 20 tahun.

Manakala Seoul akan membatalkan tarif sebanyak 79 peratus ke atas import China dalam masa 10 tahun dan 92 peratus dalam 20 tahun.